Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Ujian Hidrostatik Dandang & Pengandung Tekanan

      • Prosedur ini bertujuan menerangkan permohonan untuk menjalankan ujian hidrostatik atau kendalian yang disaksikan oleh Pegawai JKKP.
        1. Dandang stim atau pengandung tekanan yang akan diuji telah mendapat kelulusan rekabentuk (jentera baru) atau kelulusan membaikpulih (jentera berdaftar).   
        2. Kemukakan surat permohonan untuk menjalankan ujian ke atas jentera kepada Pejabat JKKP negeri di mana ujian akan dilakukan.
        3. Hubungi Pejabat JKKP untuk menetapkan tarikh ujian tidak lewat satu minggu dari tarikh ujian.
        4. Kemukakan maklumat jentera seperti salinan surat kelulusan, laporan data pembuat, rekod pengimpal dan sebagainya yang berkaitan kepada Pegawai JKKP sebelum ujian dilakukan.
      • Dapatkan surat kelulusan:

        i.     Rekabentuk, atau
        ii. Kelulusan Baik Pulih

        arrow 130

        Hantar surat permohonan kepada Pejabat JKKP

        arrow 130

        Hubungi Pejabat JKKP untuk penetapan tarikh ujian

        arrow 130

        Kemukakan maklumat berkaitan kepada Pegawai JKKP

      Cetak Emel