Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Lif, Eskalator Dan Laluan Gerak

      • Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk dan Pemasangan Lif, Eskalator dan Laluan Gerak(di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970)

        Pengenalan
        Pemasangan Lif Letrik Penumpang,Eskalator dan Laluan Gerak hendaklah mendapat kelulusan rekabentuk jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Industri, Ibupejabat.
         
        Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan
        Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan lif seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967, di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

        Tujuan
        Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon untuk mengetahui tatacara kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan lif tersebut adalah selamat kepada pengguna. Jabatan ini memastikan supaya rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.
      • Syarat-Syarat Permohonan
        Pemohon yang hendak mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pemasangan lif hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
           
        »     Berdaftar dengan jabatan ini sebagai Syarikat Memasang dan Menyelenggara Lif, Eskalator dan Laluan Gerak.
        »     Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Orang-orang Kompeten yang masih aktif dengan syarikat tersebut dan diiktiraf oleh jabatan ini.

      Cetak Emel