Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Seminar Promosi Kesihatan Di Tempat Kerja Dan Bengkel Pengurusan Berat Badan Bagi Pegawai-Pegawai Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Bagi Tahun 2013

       
      TARIKH: 11hb - 12hb Jun 2013 (Selasa dan Rabu)
      MASA : 8.00 pagi - 5.00 petang
      TEMPAT : Dewan Serbaguna Aras 1, Kementerian Sumber Manusia
       
       

        pdf  Tentatif Program

      Pendahuluan:

      Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Ia merupakan satu program yang mengalakkan dan menyemai sikap menjadikan sesuatu tempat kerja itu selamat dan sihat dari segi fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa tempat kerja yang selamat dan sihat akan membantu sesuatu organisasi sama ada kerajaan atau pihak swasta dalam mengekalkan daya saing, menggalakkan produktiviti pekerja, mengurangkan bilangan kes kecederaan dan penyakit pekerjaan, memupuk kreativiti, dan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan pelanggan.

      Promosi kesihatan ini amat penting kerana pekerja adalah aset jabatan manakala kesihatan adalah sebagai aset peribadi pekerja. Melalui program ini pekerja akan lebih menghargai kesihatan sebagai aset paling bernilai. Budaya menghargai kesihatan ini akan mempengaruhi pekerja sebagai Individu dan seterusnya keluarga mereka.

      Secara kesimpulannya, menjadikan sesuatu tempat kerja yang sihat adalah satu pelaburan yang besar untuk masa depan sesuatu organisasi dan juga pekerja itu sendiri.

      Bahagian Kesihatan Pekerjaan

      a. Dr. Rajinderjit Singh Hullon (T): 03-88861272 / (E):Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      b. Sister Latchimy Muniandy (T): 03-88865373 / (E):Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      c. Dr. Ahmad Fitri bin Abdullah Hair (T): 03-88711272 / (E): Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Cetak Emel